Perbuatan merakam aksi lucah melalui telefon bimbit bukan saja mudah dilakukan, malah kini makin menjadi-jadi. Terbaru membabitkan klip video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sekolah menengah mencabul seorang pelajar perempuan di tepi parit. Selepas klip video aksi kurang ajar kumpulan Mat Rempit merakam aksi melampau mereka mencabul seorang gadis bertudung disebar menggunakan telefon bimbit baru-baru ini, kini klip video terbaru bertajuk ‘budak sekolah berani’ itu hangat diperkatakan di kalangan pelajar. Sehubungan itu, Kamal Affendi meminta pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memandang serius isu seks bebas di kalangan pelajar supaya dapat menangani gejala negatif itu.